LAMAN UTAMA BERITA/MEDIA PERMAINAN TIKET TAJAAN HUBUNGI KAMI

                                                                                                                                                                            

 Ikuti kami di Twitter, Facebook dan Instagram  

Mengenai Kami



Latar Belakang

Terokai zaman lampau demi inspirasi yang lebih baik di masa depan.

1001 Inventions adalah sebuah jenama sains dan warisan budaya antarabangsa yang telah memenangi anugerah dan berjaya menarik minat lebih 50 juta pengunjung di seluruh dunia.

1001 Inventions mendedahkan pencapaian sains dan budaya berusia seribu tahun dari Tamadun Muslim bermula dari abad ke-7 dan seterusnya, dan bagaimana sumbangan mereka membantu mewujudkan asas-asas dunia moden kita hari ini.

Menerusi anugerah program-program pendidikan, buku, pameran blockbuster, pertunjukkan lansung, filem dan produk pembelajaran, 1001 Inventions mempamerkan sumbangan para cendekiawan lelaki dan wanita dari pelbagai agama dan budaya dalam tamadun ini yang telah menjangkau dari Sepanyol ke China.

1001 Inventions, telah menghasilkan pelbagai pengalaman yang menarik, pendidikan, pengeluaran, produk dan sumber-sumber bertaraf dunia yang telah dikaji secara teliti oleh ahli-ahli akademik dan direka oleh pakar-pakar industri.

Pameran 1001 Inventions sebelum ini telah memecah rekod ketika dipamerkan di Muzium Sains London dengan 400,000 pengunjung pada separuh pertama tahun 2010, diikuti oleh pameran blockbuster di tempat yang ikonik dan bersejarah, iaitu Sultan Ahmed Square di Istanbul dengan lebih 400,000 pengunjung dalam tempoh tujuh minggu. Pameran itu kemudian dibuka di New York Hall of Science pada Disember 2010, dan telah  menerima 250,000 pengunjung tambahan pada pembukaannya selama lima bulan di Amerika. Lebih daripada 500,000 pengunjung telah melawat 1001 Inventions di California Science Center di Los Angeles antara Mei 2011 dan Mac 2012. Lokasi seterusnya adalah di National Geographic Museum, Washington DC, Amerika Syarikat yang telah dibuka pada Ogos 2012.

Sebuah pameran 1001 Inventions versi dwibahasa dari Bahasa Arab - Bahasa Inggeris telah dilancarkan pada bulan November 2011 di Abu Dhabi dengan tempoh pameran selama lima minggu sebagai sebahagian daripada pembukaan Abu Dhabi Science Festival.

Pameran ini asalnya telah dilancarkan di United Kingdom pada Mac 2006, 1001 Inventions telah diilhamkan oleh Foundation for Science, Technology and Civilisation (FSTC), sebuah organisasi amal bukan-agama dan akademik Britain. Dengan kerjasama ahli akademik terkemuka dunia, 1001 Inventions terlibat dengan orang ramai menerusi media pendidikan dan pameran global interaktif, untuk menyerlahkan warisan budaya yang dikongsi bersama dan teknologi manusia.

Sebuah pameran 1001 Inventions yang lebih kecil sebelum ini telah diadakan di Museum of Science and Industry di UK pada Mac 2006. Ia kemudiannya diadakan di Cardiff, Wales, Birmingham Thinktank, Pusat Sains Glasgow, Scotland dan di Muzium Croydon, London.

Pameran sebelumnya telah diadakan di Parliament House UK (pada bulan Oktober 2008), yang hanya dibuka kepada Menteri, Tetamu Kehormat, Ahli-Ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen. Di samping itu, pameran ini juga telah dipaparkan di Parlimen Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Bandar-bandar di mana pameran 1001 Inventions telah diadakan:

Lokasi Tarikh Dibuka/Dirasmikan Oleh
UK - London
(London Science Museum)

Januari – April 2010 His Royal Highness Prince Charles
Turki – Istanbul
(Sultan Ahmed Square)

Ogos 2010 – Mac 2011 Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan
USA – New York
(Hall of Science)

Januari – Mac 2011 -
USA – Los Angeles
(California Science Centre)

Mac 2011 – Mac 2012

Setiausaha Negeri,
Hillary Clinton

USA – Abu Dhabi
(Abu Dhabi Corniche)

19 November – 24 Disember 2011 His Highness Sheikh Nahyan
USA – Washington
(National Geographic Museum)
12 Ogos 2012 – Februari 2013 -
Saudi Arabia – Dhahran (Saudi Aramco) 12 Jun – 20 Ogos 2012 Khalid al-Falih
Qatar – Doha
(Islamic Art Park Museum)

17 Oktober – 12 November 2012 Sheikha Mayassa (Puteri Emir)

1001 Inventions Di Malaysia :

Lokasi Tarikh
Alor Setar, Kedah
(Muzium Negeri Kedah)
3 November 2015 - 15 May 2016
Bandar Hilir, Melaka
(Bastion House)
17 Februari 2015 - 17 Jun 2015
Kuala Terengganu, Terengganu
(Terengganu Trade Centre)
23 Ogos 2014 - Oktober 2014
Kuala Lumpur
(Pusat Sains Negara)
31 Ogos 2013 - Jun 2014

Pameran blockbuster, 1001 Inventions yang telah memenangi anugerah, merupakan sebuah pameran tentang pencapaian Tamadun Muslim dalam sains dan teknologi. Pameran ini akan berlangsung selama tiga tahun di Malaysia, bermula pada pertengahan 2013 sebagai pameran ulung kali di rantau Asia.

Diiktiraf sebagai pameran bergerak yang terbaik di dunia oleh Museum and Heritage Excellence Awards di London pada tahun 2011, pameran 1001 Inventions yang menakjubkan ini telah menerima lebih daripada tiga juta pengunjung dalam tempoh pameran yang memecah rekod di London, Istanbul, New York, Los Angeles, Washington DC dan Timur Tengah.

Pameran 1001 Inventions di Malaysia akan dihasilkan dengan kerjasama Science Discoveries Sdn. Bhd, yang sebelum ini telah membawa beberapa pameran sains ke pasaran Malaysia dengan gabungan bersama Muzium Sains London.

1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Muslim adalah pameran versi Malaysia yang telah berjaya menarik minat pengunjung di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Timur Tengah.

1001 Inventions membawa kita kepada kehidupan para cendekiawan lelaki dan wanita dari sejarah sains, yang telah mengecapi pelbagai pencapaian dan mempunyai pengaruh besar yang tidak diketahui, dan hubungkait dengan cara  kita menjalani kehidupan kita hari ini. Para cendekiawan ini yang menjadi inspirasi untuk golongan muda untuk meneruskan kerjaya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik digambarkan dengan cara moden, menarik dan sangat interaktif menerusi pameran 1001 Inventions ini.

Science Discoveries Sdn. Bhd membawa pameran yang diiktiraf antarabangsa ini ke Malaysia sebagai pameran ulung kali di rantau Asia. Science Discoveries Sdn. Bhd mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam membawa pameran sains ke rantau ini dan pelancaran 1001 Inventions di Malaysia dapat meneruskan tradisi kami dalam menyokong objektif negara untuk menggalakkan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Lebih daripada tiga juta pengunjung telah melawat pameran ini dalam tempoh tiga tahun lepas dan kami menjangkakan bahawa 1001 Inventions di Malaysia akan dapat meneruskan kejayaan tersebut.

Inisiatif 1001 Inventions telah menerima pengiktirafan daripada pemimpin industri, negarawan dan ahli akademik dari seluruh dunia termasuk mesej umum memberi sokongan daripada HRH Prince Charles (UK), Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dan Setiausaha Amerika Syarikat Hillary Clinton.

1001 Inventions merupakan jenama pendidikan yang mesra keluarga dan disokong oleh pakar akademik rangkaian antarabangsa, yang memastikan bahawa kandungan produksi 1001 Inventions mempunyai standard akademik yang tinggi.

Segala kandungan produksi 1001 Inventions telah dikaji oleh pakar-pakar akademik dan dikaji semula oleh sebuah rangkaian pakar akademik dari Universiti yang diiktiraf serta muzium-muzium di seluruh dunia. Di samping itu, Muzium Sains di London bekerjasama bersama panel pakar-pakar terkemuka untuk mengkaji dan mengesahkan kandungan pameran 1001 Inventions sebelum tempoh pameran selama enam bulan di sana.

Pameran versi Malaysia ini akan menampilkan lebih daripada enam puluh bahan pameran yang akan memberikan pengunjung dari semua peringkat umur suatu pengalaman yang mesra keluarga, interaktif dan terkini. Zon-zon yang berbeza dikhaskan untuk bidang-bidang Kejuruteraan, Perubatan, Astronomi, Matematik, Geografi dan Pertanian, serta akan menyerlahkan pelbagai cara bagaimana Tamadun Muslim telah membantu meletakkan asas bagi zaman Renaissance di Eropah dan memberi kesan yang mendalam kepada dunia moden.

Bahan tarikan utama pameran ini adalah sebuah replika “Jam Gajah” dari abad ke-13 yang berukuran setinggi 20 kaki, dicipta oleh Jurutera Utama, Al-Jazari. Jam ini menggabungkan teknologi dari tamadun purba dan mempelopori konsep automasi. Al-Jazari juga tampil sebagai watak utama dalam filem orientasi pameran ini, "The Library of Secrets" yang dibintangi oleh pelakon pemenang anugerah Oscar, Sir Ben Kingsley. Filem ini telah memenangi lebih daripada 20 anugerah industri termasuk pengiktirafan "Filem Terbaik" di Cannes, Los Angeles dan di New York Film Festival. Sehingga kini, filem itu telah dimuat turun lebih daripada 20 juta kali.

Ketahui berita terkini mengenai 1001 Inventions di Malaysia! (Layari laman Facebook “1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Muslim.”)

 

TEMUI WARISAN TAMADUN ISLAM

Tamadun Muslim telah bermula dari Sepanyol hingga ke China. Bermula dari abad ke-7, para cendekiawan lelaki dan wanita dari pelbagai latarbelakang dan budaya telah membina ilmu dari tamadun purba, dan telah menemui pelbagai ciptaan yang mempunyai kesan di dunia kita masa kini.

Terokai Warisan Tamadun Islam menerusi zon-zon permulaan ini:

Home


School

Market

Hospital

Town

World

Universe

AKTIVITI TERKINI
Kini dibuka di Muzium
Sultan Abu Bakar,
Pekan Pahang.
BERITA TERKINI