LAMAN UTAMA BERITA/MEDIA PERMAINAN TIKET SPONSORS HUBUNGI KAMI
                                                                                                                                                                                                         Ikuti Kami di Twitter dan Facebook  

Dibuka pada 23 Ogos 2014 di Pusat Dagangan Terengganu.

Siri penjelajahan telah bermula! Temui kami 1001 Inventions : Kegemilangan Tamadun Muslim, sebuah pameran berkonsep pendidikan yang telah memenangi pelbagai anugerah di seluruh dunia, 23 Ogos ini di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu.

 

Pembukaan Rasmi 1001 Malaysia oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kuala Lumpur, Oktober 02, 2013: Pembukaan Rasmi bagi 1001 Inventions Premier untuk Asia di Malaysia, yang dilangsungkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pn Sabariah Daud Pengarah Science Discoveries Sdn Bhd menyerahkan'Scribe Clock' kepada YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan selaku Penaung 1001 Inventions dalam Majlis Perasmian tersebut pada 2 Oktober 2013.

 


1001 Inventions : Kegemilangan Tamadun Muslim

1001 Inventions adalah sebuah jenama sains dan warisan budaya antarabangsa yang telah memenangi anugerah dan berjaya menarik minat lebih 60 juta orang di seluruh dunia. Pameran ini membentangkan Tamadun Muslim yang telah menjangkau dari Sepanyol hingga ke China. Bermula dari abad ke-7 dan seterusnya, para cendekiawan lelaki dan wanita dari pelbagai latarbelakang, agama dan budaya telah membina ilmu dari tamadun purba sertamembuat pelbagai penemuan yang berjaya meninggalkan impak di dunia kita masakini.

Science Discoveries Sdn. Bhd. dengan bangganya membawa 1001 Inventions, sebuah pameran dan jenama antarabangsa ke Malaysia, yang disesuaikan untuk pengunjung tempatan dan diberi nama "1001 Inventions : Kegemilangan Tamadun Muslim".

Terokai bersama kami ke zaman lampau untukinspirasi yang lebih baik di masa depan.

Sila “LIKE” Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Roadshow dan Fakta / Trivia 1001 Inventions.

 

Perlawatan Dari Timbalan Menteri MOSTI.

Kuala Lumpur, September 8, 2013: Lawatan ke “1001 Inventions” oleh Timbalan Perdana Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi. Dilihat sini bersama (dari kiri) Muhamad Majidee Bin Rajhan, Pengarah, Ennovation Interlocking Management, Prof Madya Dr Irmawati Ramli, Pengarah Pusat Sains Negara, Pn Sabariah Daud, Pengarah Science Discoveries Sdn Bhd, Timbalan Perdana Menteri untuk MOSTI, YAB Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan Datin, David Oh, Pengarah Operasi Science Discoveries dengan Basharudin Bin Abdul Hadi, Pensyarah Kanan/Pencipta, UiTM Perlis (mencipta lebih daripada 50 ciptaan untuk Malaysia).

AKTIVITI TERKINI
Dibuka pada 23 Ogos 2014
di Pusat Dagangan Terengganu.

Abbas Pursuit! Uji kemahiran dan
strategi penerbangan anda SEKARANG!
Klik disini.

BERITA TERKINI
image test
 
PAMERAN SEMASA
 
1001 Rekacipta : Barangan